Among Us Bakal Menerima Manga Satu Episod Oleh Penerbit Doraemon

CoroCoro Comics iaitu majalah mangga oleh Shogakukan yang hadir dengan manga popular seperti Doraemon telah mengacahkan yang mereka akan hadir dengan manga berdasarkan permainan sosial popular Among Us. Ia akan tiba untuk CoroCoro Comics terbitan bulan April dan akan mempunyai satu episod (one-shot) sahaja.

Perkara tersebut dikongsikan oleh akaun Twitter H2 Interactive yang merupakan penerbit untuk Among Us versi PlayStation dan Switch, anda boleh lihatnya di bawah.

Manga berdasarkan permainan video sudah menjadi kebiasaan untuk CoroCoro Comics, di mana buat masa ini mereka mempunyai siri manga untuk Super Mario, Kirby, Pokemon dan Yo-kai Watch.

Sohor Kini