Bermula semalam, PUBG: Battleground telah memasuki ‘era baharu’ setelah menjadi permainan percuma untuk dimainkan selepas dilancarkan 5 tahun yang lepas. Dengan perubahan ini, PUBG: Battleground telah mencatat 667,399 pemain serentak, iaitu tertinggi sejak April 2020 di mana ia mencatat 913,075 pemain serentak. Ini adalah berdasarkan data yang disediakan oleh Steam Charts.

Sepanjang tahun 2021, PUBG: Battleground di Steam mencatat 180 ribu pemain secara purata setiap bulan dengan jumlah pemain serentak hanya mencecah 460 ribu tertinggi. Menjadikannya satu permainan percuma sudah semestinya satu strategi untuk meningkatkan lagi jumlah pemain.

Sama ada ia akan memperlihatkan peningkatan secara berterusan, ataupun tidak ia masih tidak disahkan lagi dan kita mungkin perlu menunggu beberapa bulan. Ia juga akan menentukan sama ada mereka perlu bergegas untuk hadir dengan PUBG: New State yang turut dikatakan akan tiba di PC dan konsol jika PUBG: Battlegrounds ini telah kurang mendapat sambutan.

Sohor Kini