Galaxy Racer iaitu satu organisasi esukan, permainan video dan gaya hidup yang berpusat di Dubai telah mengumumkan pelaburan sebanyak RM42 juta untuk lima tahun akan datang bagi perkembangan ekosistem esukan di Malaysia. Melaluinya mereka akan menganjurkan pelbagai acara dan kejohanan esukan.

Pengumuman tersebut dilakukan semasa menandatangani memorandum persefahaman di antara Galaxy Racer yang diwakili oleh Paul Roy iaitu pengasas dan CEO Galaxy Racer bersama dengan Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Mahadhir Aziz, CEO untuk Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Selain itu, Galaxy Racer juga mengumumkan yang mereka akan tubuhkan ibu pejabat yang akan memfokuskan kepada Asia Pasifik serta menjadikan Malaysia sebagai hab digital mereka di benua ini. Ibu pejabat baharu ini akan memfokuskan kepada kandungan kreatif, esukan, muzik dan juga visual.

Galaxy Racer setakat ini merupakan rumah kepada lebih 100 pencipta kandungan dari Asia Tenggara, Timur Tengar, Afrika Utara, Asia Selatan dan Eropah.

Sohor Kini