Nexon telah mengumumkan musim baharu untuk Kartrider Rush+ iaitu musim ke-11 yang menyertakan kandungan “Future Factory” melaluinya ia menyertakan kart baharu seperti Beetle Dasher dan juga barangan seperti Buzzwheeler.

Future Factory juga akan menyertakan dua litar dinamik iaitu Trap Factory di mana pemain akan berlumba di dalam kedai menjual mesin dan Gear Grinder yang pemain akan dihalang oleh robot dan juga pintu. Watak baharu yang akan disertakan adalah Bordi, Dr. Q dan Paper Bazzi.

Mereka juga akan menyertakan mod baharu iaitu “Mist Mode” di mana pemain akan berlumba di dalam keadaan yang menyukarkan penglihatan. Selain itu, Infini-Boost akan disertakan di dalam Ranked Mode dan mengubah suai litar kini dibuka kepada semua pemain.

KartRider Rush+ sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini