The Parasight sedang membangunkan permainan tunggal mereka iaitu Blacktail yang buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran akan tetapi ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Ia adalah permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan kepada memanah.

MInggu ini, The Parasight telah mengumumkan yang mereka menerima pelaburan daripada Tencent yang akan memberikan syarikat gergasi dari China tersebut pegangan minoriti. The Parasight turut mengatakan yang pelaburan ini tidak akan menjejaskan pengurusan semasa dan mereka masih lagi mempunyai hak kepada kesemua IP dan juga hak penerbitan.

Dengan pengumuman ini, Tencent meneruskan lagi apa yang mereka lakukan pada tahun lepas di mana telah melakukan pelaburan di pelbagai studio permainan video, antaranya adalah Sumo Digital, Remedy Entertainment dan Dontnod.

Sohor Kini