Foor Fighters adalah kumpulan muzik rock yang tidak perlu diperkenalkan lagi, namun kini selain hadir dengan lagu baharu, mereka juga tampaknya akan mengeluarkan filem dan akan juga menjadi pelakon untuk filem Studio 666 iaitu satu filem komedi seram.

Anda boleh tonton treler pertama untuknya yang baru sahaja dikongsikan.

Di dalam filem ini, Foo Fighters yang terdiri daripada Dave Grohl, Taylor Hawkins, Pat Smear, Nate Mendel, Chris Shiftlett dan Rami Jaffee akan menjadi diri mereka sendiri. Mereka telah menetap di Encino mansion untuk menghasilkan album baharu, akan tetapi mansion tersebut didapati mempunyai rahsia yang bukan sahaja mengganggu penghasilan album tetapi juga boleh membawa bahaya.

Cerita filem ini dihasilkan oleh Dave Grohl sendiri dan ditulis oleh Jeff Buhler dan Rebecca Hughes, manakala pengarah adalah BJ McDonnell. Studio 666 akan ditayangkan pada 25 Februari 2022 di Amerika Syarikat, tidak disahkan lagi jika ia akan dibawa secara global.

Sohor Kini