Assassin’s Creed The Ezio Collection adalah koleksi permainan Assassin’s Creed yang memfokuskan kepada watak Ezio iaitu Assassin’s Creed II, Assassin’s Creed Brotherhood and Assassin’s Creed Revelations yang boleh dikatakan antara permainan-permainan terbaik untuk siri ini.

Berita Lain: Assassin’s Creed Valhalla Menerima Penambahan Utama Seterusnya Tahun Depan – Dawn of Ragnarok

Hari ini, Ubisoft telah mengumumkan yang koleksi tersebut akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch dan akan dilancarkan pada 17 Februari 2022. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Hadirnya koleksi ini, ia akan menyertai beberapa permainan Assassin’s Creed yang lain yang sudah dikeluarkan untuk Switch iaitu Assassin’s Creed III dan Assasin’s Creed The Rebel Collection yang menyertakan Black Flag dan Rogue.

Assassin’s Creed The Ezio Collection juga sebelum ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Sohor Kini