Wordle adalah satu permainan perkataan yang menjadi popular sejak baru-baru ini, ia merupakan permainan berasakan pelayar di mana pemain mempunyai lima peluang untuk meneka sesuatu perkataan. Anda boleh mencubanya sendiri di pautan ini, perkataan akan diperbaharui setiap hari.

Seperti kejadian biasa apabila bercakap mengenai permainan yang tiba-tiba menjadi popular, adalah klon untuk permainan tersebut akan bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ini ditambah lagi, Josh Wardle yang menghasilkan permainan Wordle ini tidak hadir dengan aplikasi untuk permainan mudah alih.

Jika anda mencari Wordle di dalam App Store ataupun Play Store, ia akan mempunyai beberapa klon akan tetapi jumlah tersebut adalah lebih banyak sebelum ini. The Verge telah melaporkan aplikasi-aplikasi klon Wordle telah dibuang daripada gedung tersebut. Namun, tidak disahkan lagi jika Apple yang mengambil tindakan ataupun ia dibuang oleh pembangun sendiri.

Satu pembangun yang menerima lebih banyak kritikan adalah Zachshakked yang mengatakan beliau sangat menyukai permainan Wordle oleh itu beliau hadir dengan aplikasi iOS untuknya, selain mempunyai bentuk permainan yang sama, ia juga mempunyai penambahan lain seperti lebih banyak perkataan tetapi ia dipagar dengan pembelian di dalam aplikasi.

Selepas aplikasi tersebut mendapat sambutan yang baik, Zach sekali lagi berkongsi di Twitter mengenai kejayaan tersebut, tetapi telah mendapat kritikan daripada pemain lain yang mengatakan yang beliau membuat keuntungan berdasarkan idea pembangun lain. Buat masa ini, aplikasi tersebut tidak lagi ditawarkan di App Store.

Permainan klon adalah satu perkara yang biasa, persoalan sudah semestinya, adakah ia satu kesalahan?

Jika mengikut perundangan, bentuk permainan bukanlah satu perkara yang boleh di daftarkan sebagai hak milik. Oleh itu, sama ada ia satu kesalahan adalah sukar untuk dikatakan. Namun, penggunaan perkataan Wordle mungkin boleh dikatakan satu kesalahan, mungkin ia adalah penyebab utama aplikasi-aplikasi dibuang.

Walaupun ia bukan satu kesalahan, akan tetapi tidak sukar untuk menghubungi pencipta asal permainan ini untuk bekerjasama dan sudah semestinya menjadi lebih kurang bermasalah.

Sohor Kini