Twitter minggu ini telah berkongsi rangkuman mengenai kandungan permainan video di laman tersebut dan mereka mengatakan sepanjang tahun 2021, terdapat lebih 2.4 bilion ciapan yang dikeluarkan mengenai permainan video iaitu peningkatan sebanyak 14% berbanding tahun lepas dan 10 kali ganda berbanding tahun 2010. Mereka juga mengatakan yang suku keempat tahun lepas mencatat perbualan terbanyak untuk permainan video.
Selain itu, mereka juga berkongsi senarai yang berkait dengan permainan video antaranya adalah permainan video yang paling banyak dipercakapkan di Twitter, ia adalah Genshin Imapct. Ini adalah tidak mengejutkan, Genshin Impact juga merupakan komuniti paling popular di Reddit.
Berikut adalah beberapa senarai yang dikongsi dan anda boleh lihat senarai penuh di pautan ini;
Permainan Video Yang Menerima Paling Banyak Ciapan;
Atlit Esukan Yang Menerima Paling Banyak Ciapan:
Negara Yang Paling Banyak Mengeluarkan Ciapan Mengenai Permainan Video
Acara Permainan Video Yang Paling Banyak Ciapan