Serious Sam: Siberian Madness Akan Tiba Pada Januari 25

Devolver Digital baru sahaja melancarkan treler permainan untuk tajuk permainan Serious Sam terbaru, iaitu Serious Sam: Siberian Madness yang akan dilancarkan tidak lama lagi di Steam.

Berdasarkan video treler tersebut, kita dapat melihatkan bahawa Sam, watak utama siri permainan penembak ini akan bertarung musuh utama General Brand. Permainan ini akan hadir dengan lima peta baru yang mana anda akan perlu menghadapi pelbagai makhluk asing baru, dan senjata baru dan lama akan kembali, memberikan anda sejumlah cara untuk menewaskan musuh-musuh ini.

Serious Sam: Siberian Madness akan tiba di Steam pada 25 Januari ini pada harga RM44.10.

Sohor Kini