Valorant akan memasuki tahun baharu atau juga dikenali sebagai Episode iaitu Episode 4, dan musim pertama iaitu Act 1 untuk Episode ini seperti biasa akan menyertakan ejen, battlepass dan juga berkas baharu. Ia akan bermula pada 11 Januari 2022 dan akan berterusan lebih kurang 2 bulan.

Ejen baharu yang disertakan sudah semestinya menarik untuk pemain-pemain di Asia Tenggara, kerana Neon adalah ejen yang berasal dari Filipina. Kebolehan untuknya memfokuskan kepada elektrik dan sekaligus bergerak secara pantas.

Berikut adalah kebolehan-kebolehan untuk Neon;

  • High Gear (E) – menjadikan Neon bergerak dengan lebih pantas
  • Relay Bolt (Q) – membaling panah elektrik yang akan melantung sekali sebelum meletup
  • Fast Lane (C) – menghasilkan satu pelindung yang akan menghalang pandangan dan mencederakan lawan yang melaluinya
  • Overdrive (X) – Neon akan menjadi pantas dan boleh menembak pancaran kilat yang laju dan tepat. Ia akan berakhir selepas satu pembunuhan.

Bagi Battlepass pula, ia akan menyertakan barangan percuma dan juga barangan yang diperoleh dengan mendapatkan versi berbayar iaitu dengan harga 1000 VP. Berikut adalah antara barangan percuma dan berbayar;

Percuma

  • Velocity Shorty
  • Kad Operation: Fracture
  • Kad Valentine’s Tactics
  • Chicken Out Gun Buddy
  • Penyembur Lost Connection

Berbayar

  • Velocity Karambit
  • Schema Vandal 
  • Velocity Phantom
  • Hydrodip Frenzy
  • Kad Unstoppable //
  • Kad Be Mine Valentine’s Day
  • Gun Buddy Big Brain Gun
  • Penyembur Nice One

Akhir sekali, mereka juga mengumumkan berkas kosmetik baharu iaitu Protocol 781-A yang menggunakan tema cakera sains, robotik dan berteknologi tinggi. Ditawarkan dengan harga 9,900 VP berikut adalah kosmetik yang ditawarkan;

  • Personal Administrative Melee Unit (melee)
  • Protocol 781-A Phantom
  • Protocol 781-A Spectre
  • Protocol 781-A Bulldog
  • Protocol 781-A Sheriff
  • Protocol 781-A Gun Buddy
  • Protocol 781-A Kad
  • Protocol 781-A Penyembur

Valorant sudah Valorant sudah dikeluarkan untuk PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Riot Games juga sebelum ini telah mengumumkan Valorant Mobile sedang dibangunkan.

Sohor Kini