Selepas Valorant Champions Tour (VCT) untuk tahun 2021 berakhir pada bulan lepas, Riot Games telah mengumumkan beberapa penambahan untuk Valorant Champions Tour bagi tahun ini. Antaranya adalah khusus untuk VCT APAC yang melibatkan pasukan dari Asia Tenggara kini akan turut disertai oleh pasukan-pasukan dari Asia Selatan dan Oceania.

Dengan penambahan ini, berikut adalah slot-slot yang diberikan mengikut negara;

  • Thailand – 3
  • Filipina – 3
  • Indonesia – 3
  • Vietnam – 3
  • Singapura/Malaysia – 3
  • Taiwan/Hong Kong
  • Asia Selatan – 2
  • Oceania – 1

VCT 2022 akan dibahagikan kepada tiga acara utama iaitu Masters 1, Masters 2 dan Champions sebagai penutup. Bagi kejohanan untuk pasukan-pasukan APAC ia akan mempunyai dua peringkat sebelum layak ke acara utama;

  • Challenger tempatan – pusingan kelayakan di peringkat setiap negara untuk melayakkan diri ke pusingan Playoffs.
  • Playoffs Benua – Pemain akan bertanding untuk merebut markah yang akan menentukan kelayakan ke tiga acara utama.

Pendaftaran untuk menyertai VCT APAC ini boleh dilakukan melalui pautan ini untuk pasukan dari Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Singapura, Malaysia, Taiwan dan Hong Kong. Manakala untuk pasukan Asia Selatan melalui laman Nodwin Gaming dan Oceania melalui laman Lets Play Live.

Valorant sudah Valorant sudah dikeluarkan untuk PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Riot Games juga sebelum ini telah mengumumkan Valorant Mobile sedang dibangunkan.

Sohor Kini