Sebelum ini Demon Slayer dan terbaru Jujutsu Kaisen menjadi filem dengan kutipan tertinggi di Jepun, Spirited Away oleh Studio Ghibli adalah filem yang memegang rekod tersebut buat sekian lama. Semasa dilancarkan ia juga menjadi satu fenomena sebelum kandungan-kandungan anime menjadi popular secara global lagi.

Oleh itu tidak mengejutkan jika ada banyak jenama yang ingin hadir dengan produk berdasarkan filem tersebut walaupun ia dikeluarkan lebih 20 tahun yang lepas. Terbaru adalah jenama fesyen mewah iaitu Loewe yang hadir dengan koleksi barangan berdasarkan filem tersebut.

Mereka hadir dengan pelbagai produk seperti beg tangan, tshirt dan juga baju sejuk. Sebagai satu jenawa mewah tidak mengejutkan yang harga-harga ditawarkan adalah tidak masuk akal, terutama bagi kami yang berada di kelompok B40 ataupun M40.

Paling murah adalah skarf yang ditawarkan dengan harga RM1,450 –

Manakala paling mahal adalah baju sejuk Chihiro dengan harga RM28,250. Terdapat juga pelbagai lagi barangan dengan harga-harga berlainan yang anda boleh lihat senarai penuh di pautan ini.

Kami tidak boleh sangkakan yang rekaan-rekaan yang di bawa adalah menarik akan tetapi tidak dapat mengelak terasa ironi dengan filem Spirited Away yang banyak menyentuh mengenai masalah yang hadir melalui sikap tamak menjadi penghias untuk jenama mewah.

Sohor Kini