Perkara yang sohor kini adalah penerbit-penerbit permainan video menyatakan minat serta perancangan mereka untuk terlibat dengan penawaran NFT ataupun Non-fungible Token. Ubisoft dan Square Enix telah mengumumkan yang mereka sangat berminat dengannya, bahkan telah mengeluarkan NFT mereka sendiri.

Namun, berbeza pula dengan SEGA, walaupun mereka tidak menolak kemungkinan yang mereka akan turut terlibat dengan NFT akan tetapi mereka mengambil cara yang lebih berhati-hati. CEO SEGA Haruki Satomi ketika mesyuarat bersama dengan pengurusan telah bercakap mengenai NFT (diterjemah oleh Tweak Town).

Beliau mengatakan yang mereka telah mencuba dan akan terus bereksperimen dengan penawaran NFT dan juga permainan dengan konsep Pay-to-Earn (P2E) yang sudah diharamkan oleh Kerajaan Korea Selatan.

Namun, selepas melihat pengumuman yang dilakukan oleh penerbit-penerbit lain, ia telah mendapat reaksi yang negatif, oleh itu beliau mengatakan SEGA perlu lebih berhati-hati dan memastikan ia diterima baik oleh pemain dan juga pihak pengawalan di Jepun.

Jika NFT sekadar dianggap sebagai “pembuat-duit” semata-mata sahaja, mereka tidak akan meneruskan penglibatan di dalam NFT dan juga P2E ini.

Walaupun ini bukanlah bermakna yang SEGA tidak akan terlibat dengan NFT ataupun P2E akan tetapi ia sekurang-kurangnya lebih mengambil kira pelbagai aspek sebelum terus melompat dan menerima persepsi negatif tanpa sebab.

Baca: NFT Adalah Lombong Emas Penerbit Permainan Video, Disebabkan Itu Ia Membimbangkan

Sohor Kini