Mem-iklankan sesuatu permainan mengmabil masa beratus jam untuk dihabiskan dahulunya adalah satu perkara yang akan menarik minta pemain, namun apabila ia dilakukan sekarang ia akan menerima reaksi yang lebih negatif kerana sudah ramai yang menyedari lebih banyak masa diperlukan tidak bermakna ia adalah satu permainan yang baik.

Sesuatu yang saya bincang semasa bercakap mengenai Assassin’s Creed; Adakah Assassin’s Creed Odyssey Terlalu Besar?.

Techland melalui akaun Twitter rasmi Dying Light telah berkongsi satu ciapan yang mengatakan permainan tersebut akan mengambil masa 500 jam untuk dihabiskan sepenuhnya. Mungkin selepas melihat reaksi yang tidak semuanya baik, mereka menambah yang ia adalah untuk mencapai tahap 100%, sekadar ingin menghabiskan permainan ia akan mengambil masa yang lebih pendek.

Di mana, mereka mengatakan yang jika ingin menghabiskan penceritaan dan misi sampingan sahaja ia akan mengambil lebih kurang 70 hingga 80 jam sahaja. Dengan kata lain 420 jam lain kita boleh jangkakan adalah aktiviti sampingan ataupun mengumpul collectible.

Ini adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan untuk permainan dunia terbuka, namun sama ada permainan itu berkualiti ataupun tidak bergantung kepada kandungan yang disertakan dan tidak semestinya bergantung kepada kuantiti.

Dying Light 2 akan dilancarkan pada 4 Februari 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini