Ubisoft hari ini telah berkongsi satu treler untuk Tom Clancy’s Rainbow Six Extaction yang memfokuskan kepada penceritaan dan juga sejarah mengenai peperangan di antara Rainbow Six dan Archaea. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Di dalam video yang disuarakan oleh watak Dr. Elena “Mira” Alvarez iaitu pengarah untuk Penyelidikan & Pembangunan React, ia menceritakan bagaimana Rainbow Six menubuhkan React dan juga bagaimana Archaea mempunyai satu sasaran yang masih tidak diketahui.

Tom Clancy’s Rainbow Six Extraction akan tiba pada 20 Januari 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Sesi pra-tempahan dibuka dengan harga bermula RM125, ia juga akan ditawarkan di dalam Game Pass untuk Xbox dan juga PC.

Sohor Kini