Lagi berita sedih pagi ini apabila pelakon komedi popular Bob Saget ditemukan meninggal dunia di Florida. Saget (65) mula terkenal kerana memegang watak Danny Tanner dalam sitcom Full House dan kemudiannya Fuller House di Netflix. Bagi pembaca yang lebih muda, Saget menjadi suara kepada Ted Mosby yang sudah tua dalam siri How I Met Your Mother.

Saget ditemukan tidak bernafas di bilik hotel dan diisytiharkan mati di tempat kejadian. Beliau sedang melakukan siri jelajah komediri sekeliling Amerika Syarikat pada waktu ini. Sebab kematian mengejut ini tidak lagi diketahui sehinggalah bedah siasat dilakukan. Bagi mereka yang membesar pada dekad 80an dan 90an, Saget ialah pelakon yang sangat popular bukan sahaja kerana Full House tetapi juga siri America’s Funniest Home Videos yang boleh dikategorikan sebagai YouTube semasa laman ini belum wujud.

Sumber Variety

Sohor Kini