Bagi para peminat siri My Hero Academia, kini permua My Hero Ultra Impact sedia dipra-daftar melalui Google Play Store.

Permua ini membawakan bentuk permainan RPG, termasuk bentuk perlawanan 3-v-3. Seperti biasa, anda perlu melatih watak anda, membangunkan Quirk (kuasa), selain turut bekerjasama dengan watak lain dalam menewaskan sesuatu musuh.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan lagi. Anda yang lakukan pra-daftar melalui Google Play Store, akan menerima notifikasi apabila ia tersedia kelak.

Sohor Kini