Gods Will Fall Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Selepas tawaran yang menarik pada minggu lepas iaitu ketiga-tiga permainan Tomb Raider, minggu ini Epic Games Store menawarkan satu sahaja permainan iaitu Gods Will Fall yang ditawarkan bermula sekarang sehingga 14 Januari 2022.

Gods Will Fall adalah permainan aksi pengembaraan yang juga mempunyai elemen roguelike. Ia dibangunkan oleh Clever Beans dan diterbitkan oleh Deep Silver sejak tahun lepas. Pemain boleh memilih 8 watak yang setiapnya mempunyai keunikan tersendiri.

Epic Games Store: Gods Will Fall

Selepas tawaran ini berakhir, Epic Games Store akan menawarkan pula Galactic Civilizations III.

Sohor Kini