Xbox Game Studios dan Playground Games telah berkongsi kenyataan kepada Windows Central yang mengumumkan Gavin Raebur iaitu pengasas dan juga pengarah akan meninggalkan Playground Games selepas 12 tahun bersama dengan studio tersebut.
Playground Games popular dengan pengeluaran siri Forza dengan yang terbaru iaitu Forza Horizon 5 yang merupakan permainan paling popular bagi siri tersebut dan juga untuk permainan Xbox Game Pass dan mencatat 4.5 juta pemain selepas sehari dilancarkan.
Trevor Williams yang juga pengasas untuk Playground Games akan beralih dari Pengurus menjadi ketua studio tersebut untuk menggantikan Gavin Raebur.
Sebelum menubuhkan Playground Games Gavin Raebur bersama dengan Codemaster selama 24 tahun dan telah memegang pelbagai jawatan termasuk juga Penerbit Kanan.