Skip to main content

Krafton dan Tencent Games iaitu pembangun dan penerbit untuk permainan battle royale PUBG Mobile telah berjaya melakukan saman terhadap pencipta perisian penipuan untuk permainan tersebut. Berdasarkan laporan Gamespot, mahkamah di Amerika Syarikat dan juga Jerman telah mendapati mereka bersalah.

Kumpulan pencipta tersebut telah diminta untuk membayar pampasan sebanyak $10 juta, mereka juga mesti menghentikan segala operasi dan mesti berkongsi dengan Krafton dan juga Tencent Games bagaimana cara mereka melakukan perisian penipuan ini.

Dengan masalah penipuan terus menjadi perkara yang mengganggu pengalaman bermain, penerbit-penerbit permainan mula mengambil langkah yang lebih drastik termasuk juga mengambil tindakan undang-undang. Selain Tencent, Activision juga telah menyaman EngineOwning yang menyediakan aplikasi penipuan untuk permainan Call of Duty: Warzone.

Leave a Reply