Team 17 Mengambil Alih Studio The Label, Penerbit What the Golf?

Team 17 telah mengumumkan yang mereka akan mengambil alih studio penerbitan The Label, iaitu studio yang mengeluarkan pelbagai permainan indie seperti What the Golf, The Legend of Bumb-bo, dan Element.

Mereka mengatakan yang pengambil-alihan ini adalah untuk membantu mereka melibatkan diri di dalam perkhidmatan langganan permainan mudah alih seperti yang disediakan oleh Apple melalui Apple Arcade dan Google melalui Google Play Pass.

Permainan What the Golf yang dibangunkan oleh Triband dan diterbitkan oleh The Label adalah antara permainan terawal yang menyertai perkhidmatan langganan tersebut. Team 17 mengatakan yang perkhidmatan langganan adalah sesuatu yang mereka ingin lebih melibatkan diri di masa hadapan.

Pengambil-alihan ini diumumkan bernilai $40 juta (~RM168 juta).

Sohor Kini