Pada tahun 2020 lepas, Amazon Studios dan Bethesda telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan siri TV aksi nyata berdasarkan permainan Fallout. Jonathan Nolan iaitu pencipta siri HBO Westworld dan Lisa Joy diumumkan akan menjadi penerbit eksekutif untuknya.

Melalui laporan terbaru oleh Variety, Robertson-Dworet yang pernah menulis untuk filem Tomb Raider serta Captain Marvel bersama dengan Graham Wagner yang pernah terlibat dengan siri Silicon Valley serta The Office akan menjadi penulis untuk siri tersebut. Selain itu, mereka juga melaporkan yang Jonathan Nolan akan menjadi pengarah untuk episod pertama.

Siri ini akan dibangunkan dengan kerjasama di antara Amazon Studios, Kilter Films bersama dengan Bethesda Game Studios dan Bethesda Softwork sebagai pemilik IP.

Permainan Fallout sudah dikeluarkan sejak tahun 1997 lagi dengan permainan terakhir iaitu Fallout 76 dikeluarkan pada tahun 2018 dengan penerimaan yang kurang baik. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Fallout 76 – Permainan Yang Rosak Dengan Kandungan Kosong Dan Membosankan.

Sohor Kini