E3 merupakan antara acara tahunan dunia gaming yang dinantikan ramai di seluruh dunia. Terbaru, penganjur acara berkenaan kini mengesahkan acara E3 2022 akan diadakan secara atas-talian sahaja untuk tahun ini, disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Dengan ini, ia memasuki tahun ketiga acara E3 diadakan secara atas-talian disebabkan pandemik Covid-19.

Sebelum ini, acara E3 2022 dijangka diadakan secara fizikal disebabkan oleh redanya pandemik pada tahun lepas. Namun, varian terbaru Omicron menimbulkan kembali keadaan was-was, membuatkan mereka membatalkannya.

Selain E3, acara CES 2022 yang diadakan pada minggu ini melibatkan peralatan komputer turut menyaksikan pelbagai jenama menarik diri kerana Omicron.

Sohor Kini