Nexon iaitu syarikat penerbitan permainan video dari Jepun dan Korea yang mengeluarkan permainan seperti MapleStory dan KartRider telah melakukan pelaburan terhadap AGBO iaitu studio filem yang ditubuhkan oleh Russo Borthers iaitu Anthony Russo dan Joe Russo bersama dengan Mike Larocca serta Todd Makurath.

Mereka telah membeli pegangan minoriti untuk studio tersebut dengan pembayaran sebanyak $400 juta yang memberikan mereka 38% pegangan. Nexon mengatakan yang ia adalah dengan tujuan untuk menjadi batu loncatan bagi menjadikan IP baharu dan lama mereka sebagai siri TV ataupun filem.

Ini mungkin menandakan yang kita mungkin akan menerima siri TV atau filem berdasarkan IP mereka, dengan MapleStory adalah paling popular, boleh dikatakan ia adalah antara IP utama yang akan dibawa ke medium baharu.

AGBO ditubuhkan pada tahun 2016, dan telah hadir dengan filem seperti 21 Bridges, Extraction yang akan turut menerima filem susulan selepas menjadi antara filem paling popular di Netflix.

Sohor Kini