Ultraman Musim Kedua Akan Tiba Di Netflix Pada 14 April

Pada tahun 2020, Netflix telah mengesahkan yang siri animasi Ultraman mereka akan menerima musim kedua selepas musim pertama dikeluarkan pada tahun 2019. Mereka juga sebelum ini mengacahkan yang ia akan tiba pada tahun 2022.

Minggu ini, laman rasmi siri tersebut dan juga Netflix sendiri telah mengumumkan yang musim kedua tersebut akan mula disiarkan pada 14 April 2022, lebih kurang 3 tahun selepas musim pertama disiarkan. Mereka juga berkongsi treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Seperti diumumkan sebelum ini, pengarah musim pertama iaitu Kenji Kamiyama dan Shinji Aramaki akan kembali untuk mengarah musim kedua ini. Mereka juga mengumumkan yang  Maaya Sakamoto akan menjadi pelakon suara untuk satu watak baharu iaitu Izumi.

Siri Ultraman ini memperlihatkan olahan semula beberapa watak Ultraman termasuklah Ultraman, Ultraman Seven dan juga Ultraman Ace. Siri animasi tersebut dibangunkan oleh kerjasama Netflix dan studio animasi Production I.G. dan juga Sola Digital Arts.

Sohor Kini