Selepas pelancaran The Last of Us Part II pada tahun 2020, Naughty Dog tidak mengeluarkan ataupun mengumumkan sebarang permainan baharu, permainan seterusnya oleh mereka adalah Uncharted: Legacy of Thieves Collection tetapi ia adalah Uncharted 4 dan Uncharted: The Lost Legacy yang dikeluarkan semula untuk PlayStation 5 dan PC.

Namun, ketika perkongsian di CES, Neil Druckmann telah mengatakan yang beliau tidak sabar untuk berkongsi beberapa projek yang sedang dibangunkan oleh mereka. Ini secara langsung buat pertama kali mengesahkan yang mereka sedang membangunkan beberapa permainan.

Anda boleh tonton perkongsian tersebut melalui video di bawah, minit ke-16.

Antara permainan yang dikatakan sedang dibangunkan oleh Naughty Dog adalah The Last of Us 2 Factions iaitu mod multi-pemain untuk permainan tersebut dan juga The Last of US Remake yang dikatakan sedang dibangunkan untuk PS5.

Di perkongsian yang sama, beliau juga mengatakan yang mereka tidak sabar untuk mempunyai kerjasama yang lebih kerap dengan Sony Pictures untuk membawa IP-IP mereka ke medium yang berbeza.

Sohor Kini