Selepas membuka sesi pra-daftar untuk permainan MMO Chimeraland pada Disember lepas, Level Infinite akhirnya melancarkan permainan tersebut di beberapa negara termasuk juga Malaysia. Bermula hari ini, anda boleh memuat turun Chimeraland di PC, iOS dan juga Android.

Mereka juga mengumumkan yang permainan tersebut telah menerima 500 ribu jumlah pra-pendaftaran iaitu peningkatan sebanyak 200 ribu berbanding jumlah yang diumumkan pada minggu lepas.

Antara tarikan utama mengenai permainan ini adalah ia menggunakan tema ketimuran yang mengambil inspirasi daripada penulisan sastera dari China.

Pemain boleh berjumpa dengan pelbagai jenis raksasa bukan sahaja untuk melawan tetapi untuk menjinakkan untuk dijadikan sebagai ‘Chimeras’ yang akan mempunyai kebolehan yang unik. Mereka juga mengatakan ia mempunyai satu kawasan yang luas dan tidak akan ada “dinding halimunan” untuk menghalang pemain daripada memasuki sesuatu kawasan.

Chimeraland adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini