Terdapat pelbagai kerusi gaming di pasaran hari ini. Dalam mendapatkan keunikkan tersendiri, Razer hari ini mengumumkan Razer Enki Pro Hypersense.

Ia merupakan penaik-tarafan kepada kerusi gaming sedia ada Razer, tetapi kini dengan penambahan tindak balas haptik.

Antara permainan yang menyokong kerusi ini adalah permainan seperti F1 2021, Forza Horizon 5 dan juga Assassin’s Creed Valhalla.

Dengan penawaran tindak balas haptik, ia menjadikan permainan lebih imersif dan menarik berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, harga jualan untuk kerusi gaming ini masih tidak diketahui lagi.

Sohor Kini