Kedai serbaneka 7-Eleven hari ini telah mengumumkan yang mereka akan mula menawarkan kad tambah nilai Riot Games yang boleh ditebus di dalam permainan Valorant dan juga Legends of Runeterra. Ia akan ditawarkan dengan dua nilai iaitu RM40 dan juga RM70. Ia juga dikatakan akan memberi bonus untuk setiap penebusan.

Permainan Valorant dan Legends of Runeterra boleh dimuat turun menggunakan klien Riot Games, oleh itu kad ini boleh ditebus melalui klien tersebut, League of Legends yang menggunakan platform berbeza tidak disertakan bersama. Runeterra yang juga ditawarkan di peranti pintar tidak mempunyai bahagian untuk menebusnya buat masa ini, oleh itu ia mungkin terhad melalui PC sahaja buat masa ini.

Valorant sudah dikeluarkan untuk PC, Legends of Runeterra juga sudah dikeluarkan untuk PC dan turut tiba untuk iOS dan Android. Kedua-duanya adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Anda boleh baca ulasan kami untuk Runeterra di pautan ini; Ulasan Legends of Runeterra – Jawapan Riot Games Untuk Hearthstone.

Sohor Kini