Pembelian di dalam permainan mudah alih merupakan antara penyumbang utama untuk keuntungan bagi Apple dan juga Google melalui App Store dan Play Store mereka. Bahkan, Apple telah menjana keuntungan daripada permainan video melebihi campuran keuntungan Microsoft, Sony dan juga Nintendo.
Namun, oleh kerana Apple dan Google mengambil potongan yang agak tinggi iaitu 20%, sesuatu yang menjadi pergaduhan di antara Apple dan Epic Games, sesetengah penerbit permainan mencari alternatif lain untuknya.
Xsolla iaitu penyedia platform pembayaran untuk pelbagai perkhidmatan telah mengumumkan Web Store mereka sendiri yang membolehkan penerbit permainan mudah alih untuk menggunakan platform tersebut bagi penjualan barangan di dalam permainan.
Oleh itu, berbanding bergantung harap kepada App Store dan Play Store sahaja, pemain boleh membeli melalui Xsolla Web Store ini yang mengambil potongan 5% sahaja berbanding 20%. Namun, dengan pautan ke luar tidak boleh disertakan di dalam aplikasi, ia mungkin sedikit sukar untuk memperkenalkannya kepada pemain.
Mahkamah sebelum ini telah menangguhkan arahan kepada Apple untuk penerbit permainan melakukannya, jika tidak, tempat pembelian alternatif ini sudah semestinya lebih berguna.