Ubisoft sebelum ini telah mengumumkan tiga penambahan akan disertakan untuk pemilik pas semusim Far Cry 6 yang akan menyertakan mod baharu dan membolehkan pemain mengawal watak-watak jahat daripada siri sebelum ini.

Mereka adalah Vaas: Insanity yang tiba pada 16 November tahun lepas, terbaru Pagan: Control akan tiba pada 11 Januari ini manakala yang terakhir iaitu Joseph: Collapse akan tiba sekitar tahun ini.

Di dalam Pagan: Control pemain akan menjadi Pagan Min iaitu watak jahat dari Far Cry 4, melaluinya pemain akan bermain satu mod roguelite untuk meneroka personaliti dan juga pemikiran Pagan Min.

Far Cry 6 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC melalui Ubisoft Store dan juga Epic Games Store. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Far Cry 6 – Permainan Yang Perlukan Revolusi Segera.

Sohor Kini