Skip to main content

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang sesi pra-tempahan untuk versi fizikal bagi Gran Turismo 7 akan bermula esok di pengedar rasmi PlayStation dan juga Sony Store. Ia menawarkan dua edisi iaitu Edisi Standard dan Edisi Ulang-tahun Ke-25.

Edisi Standard ditawarkan dengan harga RM299 untuk PlayStation 5 dan RM249 untuk PlayStation 4, naik taraf dari versi PS4 ke PS5 memerlukan bayaran RM50 melalui PS Store pada hari pelancaran. Sebagai ganjaran pra-tempahan pemain akan mendapat 100 ribu CR dan tiga kereta iaitu Mazda RX-Vision GT3, Porsche 917 dan Toyota Supra GT500 ’97.

Edisi Ulang-tahun ke 25 pula akan menyertakan permainan untuk kedua-dua platform iaitu pemain akan menerima cakera untuk versi PS5 dan baucar untuk versi PS4. Selain itu, pembeli juga akan mendapat SteelBook, 1 juta CR, kereta Toyota GR Yaris yang mempunyai hiasan mengikut negara, 30 PSN Avatars dan muzik runut. Pembeli juga akan mendapat ganjaran pra-tempahan seperti edisi biasa. Ia ditawarkan dengan harga RM379.

Pembeli mana-mana edisi juga berpeluang untuk mendapatkan versi fizikal premium yang akan mempunyai keychain khas, ia adalah terhad dan selagi stok masih ada.

Seperti diumumkan sebelum ini, sesi pra-tempahan versi digital juga sudah bermula, seperti versi fizikal ia juga mempunyai dua edisi dan menawarkan barangan yang sama kecuali, versi digital untuk Edisi Ulang-tahun ke-25 tidak akan menerima Steelbook dan digantikan dengan 1.5 Juta CR berbanding 1 Juta CR. Kedua-dua edisi ditawarkan dengan harga yang sama dengan versi fizikal.

Gran Turismo 7 akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Mac 2022 untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5.

Leave a Reply