Ubisoft hari ini telah mengumumkan yang permainan seterusnya di dalam siri Tom Clancy’s Rainbow Six mereka iaitu Extraction akan menyertai Xbox Game Pass pada hari pertama pelancaran iaitu pada 20 Januari 2022. Ia adalah untuk Xbox One, Xbox Series dan juga PC.

Rainbow Six Extraction adalah permainan koperasi 1 hingga 3 pemain melawan musuh, berbeza dengan Rainbow Six Siege, permainan ini akan memfokuskan untuk pemain bekerjasama melawan penjahat yang digelar sebagai Arcahes. Bagi pemain Rainbow Six Siege, beberapa operator dan juga pelbagai gajet yang digunakan dalam permainan ini adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan.

Mereka juga telah mengumumkan pelbagai kandungan tambahan akan disertakan pasca-pelancaran; Ubisoft Umum Kandungan Pasca Pelancaran Percuma Untuk Rainbow Six Extraction.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang perkhidmatan langganan mereka Ubisoft+ akan turut ditawarkan untuk Xbox, tetapi tidak seperti EA Play, ia tidak disertakan di dalam Xbox Game Pass. Maklumat lanjut mengenai langganan ini akan diumumkan kemudian.

Ubisoft memperkenalkan perkhidmatan Ubisoft+ pada tahun 2019, sebelum ini dikenali sebagai Uplay+ untuk PC dan juga Stadia. Melaluinya pemain hanya perlu membayar langganan bulanan untuk bermain hampir kesemua permainan oleh Ubisoft.

Sohor Kini