Microsoft minggu ini telah mengumumkan senarai permainan yang akan menyertai Xbox Game Pass pada awal bulan ini sebagai permulaan untuk tahun 2022. Antara permainan yang diumumakn adalah Mass Effect Legendary Edition iaitu permainan penambah-baikkan untuk trilogi asal Mass Effect yang dikeluarkan pada 14 Mei tahun lepas.

Berikut adalah permainan yang diumumkan menyertai Xbox Game Pass;

  • Gorogoa (Xbox, xCloud, PC) – Sudah tiba
  • Olija (Xbox, xCloud, PC) – Sudah tiba
  • The Pedestrian (Xbox, xCloud, PC) – Sudah tiba
  • Embr (Xbox, xCloud, PC) – 6 Januari
  • Mass Effect Legendary Edition (Xbox, PC) – 6 Januari
  • Outer Wilds (Xbox, xCloud, PC) – 6 Januari
  • Spelunky 2 (Xbox, PC) – 13 Januari
  • The Anacrusis (Xbox, PC) – 13 Januari

Mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 15 Januari;

  • Desperados III
  • Ghost of a Tale
  • Kingdom Hearts III
  • Mount & Blade: Warband
  • Pandemic
  • Yiik: A Postmodern RPG

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini