Call of Duty Warzone adalah permainan multi-pemain yang mempunyai masalah penipuan yang ketara sehinggakan menyebabkan ramai pencipta kandungan untuk permainan tersebut beralih ke permainan yang berlainan sehingga Activision melakukan sesuatu untuk menghalangnya.

Activision sebelum ini telah hadir dengan perisian Ricochet yang terpasang di dalam permainan-permainan mereka, ia adalah perisian yang akan cuba untuk melawan penipuan-penipuan di dalam permainan mereka seperti Warzone dan juga Vanguard.

Terkini, Activision juga tampaknya juga telah menggunakan perundangan untuk mengurangkan masalah tersebut. Mereka telah menyaman pemilik EngineOwning iaitu satu laman yang menyediakan langganan untuk mendapatkan perisian penipuan bagi pelbagai permainan termasuk juga Warzone.

Melalui saman tersebut, Activision ingin EngineOwning untuk menghentikan operasi mereka dan membayar pampasan mengikut keuntungan yang dijana daripada penjualan perisian tersebut termasuk juga kos guaman.

Call of Duty Warzone sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini