505 Games iaitu penerbit permainan Death Stranding di PC telah mengumumkan yang mereka bersama dengan Kojima Productions akan turut membawa Death Stranding Director’s Cut ke PC pada suku kedua tahun ini, di Steam dan juga Epic Games Store.

Death Stranding Director’s Cut sebelum ini telah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5, ia antaranya menyertakan misi dan juga penceritaan tambahan bersama dengan penambah-baikkan grafik.

Baca: Hideo Kojima Kongsi Secara Lanjut Mengenai Death Stranding Director’s Cut

Mereka juga mengumumkan yang Death Stranding Director’s Cut ini akan menyokong teknologi X Super Sampling (XSS) iaitu teknologi seperti DLSS oleh NVIDIA yang membolehkan pemain bermain dengan resolusi lebih tinggi tanpa memberi kesan yang ketara kepada prestasi permainan.

Buat masa ini mereka tidak mengumumkan jika pemain yang sudah memiliki permainan asal akan mendapat naik taraf percuma ataupun perlu membayar harga tambahan. 505 Games mengatakan yang mereka akan melakukan pengumuman lanjut mengenainya pada akhir bulan ini.

Sohor Kini