PlayStation hari ini telah melakukan pengumuman lanjut untuk set kepala realiti maya generasi baharu mereka iaitu PlayStation VR2, di mana ia akan menggunakan panel OLED dengan resolusi 4K HDR. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah mengumumkan permainan sampingan untuk Horizon, iaitu Horizon: Call of the Mountain.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Horizon: Call of the Mountain adalah permainan yang dibangunkan secara khusus untuk PSVR2, ia akan menyertakan watak baharu di dalam dunia Horizon akan tetapi pemain berpeluang untuk berjumpa dengan watak-watak sedia ada termasuk juga Aloy.

Ia dibangunkan oleh FireSprite iaitu studio yang memfokuskan permainan realiti maya. Mereka menjadi sebahagian daripada PlayStation Studios setelah diambil alih pada bulan September tahun lepas. Ia juga akan melibatkan Guerilla yang akan menyelia dan memberi sokongan.

Maklumat lanjut mengenai permainan ini, akan diumumkan kemudian. Pengumuman lanjut PSVR2 juga akan dilakukan tidak lama lagi.

Sohor Kini