Prime Gaming, ataupun sebelum ini dikenali sebagai Twitch Prime merupakan perkhidmatan langganan bulanan oleh Amazon yang menawarkan pelbagai permainan video dan juga kandungan percuma setiap bulan, selain itu, ia juga menawarkan satu langganan di Twitch dan juga akses kepada Prime Video.

Bagi permainan percuma, pada bulan ini Prime Gaming telah menawarkan 9 permainan sehingga 2 Februari;

  • Star Wars Jedi: Fallen Order (sehingga 3 Februari)
  • World War Z: Aftermath (sehingga 8 Februari)
  • Total War: Warhammer
  • Fahrenheit: Indigo Prophecy Remastered
  • WRC 7 FIA World Championship
  • Abandon Ship
  • Paper Beast
  • In Other Waters
  • Two Point Hospital

Star Wars Jedi: Fallen Order perlu ditebus melalui Origin manakala World War Z: Aftermath dan Total War: Warhammer melalui Epic Games Store. Permainan-permainan lain adalah melalui Amazon Games App dan kesemuannya permainan yang ditawarkan adalah untuk PC sahaja.

Anda boleh langgan Prime Gaming di pautan ini, bagi pelanggan baharu, anda boleh mencubanya selama 7 hari, dan jika diteruskan caj $5.99 (~RM25) sebulan akan dikenakan. Bagi kami ia sangat berbaloi terutama jika anda sering mengikut nstrimer di Twitch ataupun ingin menonton sebarang siri dan filem di Prime Video.

Sohor Kini