Samsung Malaysia kini telah mengumumkan pengenalan telefon pintar baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Samsung Galaxy S21 FE. Hadir dengan sokongan rangkaian 5G, telefon ini dijana dengan cip pemprosesan Exynos 2100 dan juga skrin pada kadar segar semula 120Hz bersama dengannya.

Menariknya, telefon pintar ini turut menyertakan sokongan touch sampling sehingga 240Hz ketika digunakan dalam Game Mode pada telefon berkenaan. Game Mode juga turut mengoptimasikan pengalaman permainan dengan menghalang gangguan notifikasi, menambah prestasi peranti, dan beberapa ciri tambahan lain.

Galaxy S21 FE 5G ini turut hadir dengan sokongan kamera dengan zum optikal sehingga 3x atau Space Zoom sehingga 30x. Pada bahagian bateri, Galaxy S21 FE turut menyertakan bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W.

Samsung menyertakan sistem operasi Android 12 bersama antaramuka OneUI 4.0 pada telefon pintar – memastikan sokongan untuk pelbagai permua baharu untuk jangka masa panjang.

Di Malaysia, Samsung Galaxy S21 FE 5G ini ditawarkan pada harga RM2899 untuk model 128GB, dan RM3099 untuk model 256GB.

Sohor Kini