Sejak beberapa bulan lepas, PS Now telah menerima permainan Final Fantasy setiap bulan, dan bagi yang terakhir iaitu bulan ini, ia menerima Final Fantasy XII: The Zodiac Age. Selain itu, Sony Interactive Entertainment juga mengumumkan yang Mortal Kombat 11 akan disertakan pada bulan bersama dengan beberapa lagi permainan lain.

Berikut adalah permainan yang akan menyertai PS Now pada bulan ini;

  • Mortal Kombat 11
  • Final Fantasy XII: The Zodiac Age
  • Fury Unleashed
  • Unturned
  • Super Time Force Ultra
  • Kerbal Space Program: Enhanced Edition

PlayStation Now merupakan perkhidmatan langganan yang membolehkan pemain bermain sebilangan permainan dengan bayaran bulanan. Pemain boleh memuat turun permainan ke konsol PlayStation 4 dan PlayStation 5 ataupun secara strim untuk di PC ataupun bermain permainan konsol generasi lepas.

Ia ditawarkan dengan harga $9.99 sebulan, $24.99 untuk 3 bulan dan $59.99 untuk 12 bulan. Namun, buat masa ini ia masih tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Sohor Kini