Bloomberg hari ini telah berkongsi satu laporan mengenai pelbagai masalah yang berlaku di dalam pembangunan permainan pertama oleh Ghost Story Games, studio baharu oleh Ken Levine pencipta Bioshock selepas menutup studio lama Irrational Games.

Ghost Story Games telah memulakan pembangunan pertama mereka sejak tahun 2014 akan tetapi lebih 7 tahun kemudian, ia masih tidak mempunyai sebarang pengumuman rasmi. Berdasarkan laporan tersebut, ini adalah disebabkan arahan untuk permainan tersebut sering berubah.

Beberapa pekerja dan juga bekas pekerja mengatakan yang Ken Levine sering hadir dengan idea baharu untuk menggantikan sesuatu yang sudah dibangunkan, mengakibatkan mereka terpaksa memulakan semula. Mereka juga mengatakan yang Ken Levine ingin menghasilkan permainan mercu tetapi dengan studio yang bersaiz kecil.

Masalah pembangunan ini bukan sahaja memberi kesan kepada kelancaran pembangunan, tetapi juga telah mengakibatkan beberapa pengasas bersama studio tersebut meninggalkan Ghost Story Games untuk membentuk studio baharu.

Dengan pembangunan berlaku dengan lebih baik sekarang, mereka menjangkakan yang permainan tersebut akan bersedia untuk dilancarkan dalam masa 2 – 3 tahun lagi, menjadikan ia mengambil masa lebih 9 tahun untuk dibangunkan, lebih lama berbanding permainan-permainan mercu lain seperti Red Dead Redemption 2.

Ghost Story Games merupakan studio di bawah Take Two berbanding di bawah 2K seperti Irrational Games, 2K sebelum ini telah menubuhkan studio Cloud Chamber untuk meneruskan permainan Bioshock.

Sohor Kini