Skip to main content

Ketika pengumuman jualan promosi musim sejuk di Steam sebelum ini, mereka juga telah membuka sesi undian untuk The Steam Awards. Dengan jualan promosi tersebut akan berakhir esok, Valve juga telah mengumumkan senarai pemenang untuk The Steam Awards.

Resident Evil Village telah diumumkan sebagai permainan terbaik, ia sudah semestinya satu permainan yang baik dan berhak untuk mendapat anugerah ini. Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan ini; Ulasan Resident Evil Village – Seram Dan Aneh, Tetapi Tidak Memuaskan.

Cyberpunk 2077 yang kurang mendapat anugerah pada tahun ini, telah memenangi penceritaan terbaik. Tidak mengejutkan kerana walaupun pelbagai masalah, permainan tersebut masih lagi menerima penerimaan positif daripada pemain di PC. Ia juga adalah antara permainan yang mempunyai pemain serentak tertinggi di Steam.

Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan ini; Ulasan Cyberpunk 2077 – Mangsa Cita-Cita Sendiri.

Berikut adalah senarai pemenang untuk kesemua kategori bersama dengan calon lain.

Permainan Terbaik Tahun Ini

  • Valheim
  • New World
  • Cyberpunk 2077
  • Resident Evil Village
  • Forza Horizon 5

Permainan Realiti Maya Terbaik

  • Sniper Elite VR
  • Cooking Simulator VR
  • Medal of Honor Above and Beyond
  • I Expect You To Die 2
  • Blair Witch VR Edition

Permainan Berterusan Terbaik

  • Dota 2
  • Terraria
  • Rust
  • No Man’s Sky
  • Apex Legends

Permainan Multi-Pemain Terbaik

  • Valheim
  • Back 4 Blood
  • Halo Infinite
  • It Takes Two
  • Grab Game

Permainan Dengan Visual Terbaik

  • Psychonauts 2
  • Subnautica Below Zero
  • Little NIghmares II
  • Bright Memory Infinite
  • Forza Horizon 5

Permainan Dengan Bentuk Permainan Yang Inovatif

  • Inscryption
  • Twelve Minutes
  • Moncage
  • Deathloop
  • Loop Hero

Permainan Sukar Terbaik

  • World War Z Aftermath
  • Naraka Bladepoint 2
  • Nioh 2
  • Age of Empires IV
  • Battlefield 2042

Muzik Runut Terbaik

  • Marvel’s Guardians of the Galaxy
  • Nier Replicant
  • Persona 5 Strikers
  • Guilty Gear Strive
  • Demon Slayer

Permainan Dengan Penceritaan Terbaik

  • Life is Strange: True Colors
  • Cyberpunk 2077
  • Resident Evil Village
  • Days Gone
  • Mass Effect Legendary Edition

Permainan Kasual Terbaik

  • Unpacking
  • Potion Craft
  • Farming Simulator 22
  • Townscraper
  • Dorf Romatik

Leave a Reply