Moonton akhirnya membuka sesi pendaftaran untuk kejohanan tempatan bagi Mobile Legends: Bang Bang iaitu Mobile Legend Professional League (MPL) Malaysia musim ke-9. Anda boleh membentuk pasukan berlima dan melakukan pendaftaran melalui pautan ini.

Mereka turut mengatakan yang MPL Malaysia terus menjadi antara kejohanan esukan popular di Malaysia, di mana untuk musim ke-8, perlawanan akhir di antara Todak dan Team SMG telah mencatat 137 ribu penonton secara serentak.

Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Team SMG dan mereka bersama dengan Todak mewakili Malaysia ke kejohanan M3 yang telah dimenangi oleh Blacklist International iaitu pasukan dari Filipina.

Selain memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan baharu, MPL kali ini juga akan memperlihatkan beberapa pasukan yang dikenali bertanding, antaranya Team Ebliz yang membuat kejutan pada musim lepas, Team Caracal yang terdiri daripada bekas-bekas pemain RSG Malaysia, Team Bosskurr, dan Orange Esports serta pasukan veteran seperti RED Esports.

Pusingan kelayakan akan bermula pada 19 Januari dan ia akan distrim secara langsung di semua laman sosial Mobile Legends: Bang Bang.

Selain membuka peluang untuk pemain dan pasukan, peminat juga berpeluang untuk melibatkan diri secara terus dengan Kempen Pencarian Caster, pendaftaran akan dibuka pada 10 Januari bersama dengan pengumuman lanjut.

Baca: Menjadikan Shoutcasting Sebagai Kerjaya? – Temubual Bersama Laphel, Sith Dan Sunfrost

Manakala jika anda berminat untuk menganjurkan kejohanan tersendiri anda boleh daftar melalui pautan ini dan berpeluang untuk mendapat sokongan dari Moonton sendiri.

Mobile Legends: Bang Bang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Andorid. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini