Baru-baru ini telah dilaporkan yang pembangun Fate/Grand Order iaitu sebahagian daripada DELiGHTWORKS akan diasingkan menjadi satu entiti baharu sebelum ia dipindahkan kepada pemilik baharu iaitu Aniplex bersama dengan Type-Moon yang merupakan pemegang IP Fate.

Hujung minggu lepas, permainan tersebut juga telah mengumumkan pengenalan sistem jaminan di dalam kotak tikam mereka, sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan di dalam permainan gacha tetapi tidak semua permainan mempunyainya.

Fate/Grand Order akan menyertakan sistem ini khusus untuk banner yang mempunyai tarikh luput, di mana pemain akan dijamin-kan akan mendapat watak SSR bagi banner tersebut, selepas melakukan 330 tikaman. Namun, ia adalah terhad untuk sekali sahaja bagi satu banner.

Dengan kata lain, jika anda ingin dapatkan tambahan watak SSR tersebut, anda perlu bergantung kepada nasib walaupun sekali lagi mencapai 330 tikaman. Selain itu, andai banner tersebut mempunyai kitaran watak, jika tidak melakukan 330 tikaman sebelum watak baharu tiba, kiraan tikaman akan bermula semula.

Walaupun ia adalah sistem jaminan, akan tetapi 330 tikaman adalah banyak dan ia bernilai hampir RM2000 jika melakukan tikaman dengan menggunakan wang ringgit.

Jika dibandingkan dengan permainan seperti Genshin Impact yang mempunyai sistem jaminan hanya 90 kali tikaman, tambahan itu, ia juga tidak mempunyai had, dengan kata lain setiap 90 kali tikaman, anda akan mendapat satu watak 5 bintang walaupun tidak semestinya watak sesuatu banner.

Baca: Genshin Impact Versi 2.4 Akan Tiba Pada 5 Januari, Menyertakan Kawasan Serta Dua Watak Baharu

Fate/Grand Order sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android, namun tidak untuk pasaran Malaysia. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini