Siri TV Cobrai Kai akan menerima musim keempat sekitar hari ini di Netflix dan bersempena dengan siaran tersebut, Epic Games telah melancarkan Cobra Kai Set untuk permainan battle royale Fortnite. Set ini akan menyertakan 10 kostum, emote dan pelbagai aksesori lain.

Ia akan menyertakan sepuluh kostum yang setiapnya akan mempunyai tiga gaya iaitu Cobrai Kai, Eagle Fang dan Miyagi-Do. Setiap satu kostum boleh didapatkan dengan harga 800 V-Bucks, dan pemain juga boleh dapatkan berkas yang mengandungi 5 kostum dengan harga 2000 V-Bucks, ia mempunyai dua berkas iaitu Karate Ko dan Dojo Showdown.

Selain itu, ia juga menawarkan aksesori yang juga boleh didapatkan secara berasingan seperti Teaching of Miyagi Back Bling, Cobra Coin Back Bling, Dojo Logo Pickaxe, Cobra’s Curse Pickaxe dan juga The Crane Kick Emote.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk Android tetapi bukan melalui Play Store.

Sohor Kini