Justin Kan, pengasas laman penstriman permainan popular, Twitch kini telah pun melancarkan projek terbaru beliau secara rasminya, dinamakan Fractal.

Fractal merupakan sebuah laman jual-beli memfokuskan NFT berkaitan dunia permainan video. Untuk pelancaran ini, Fractal bekerjasama dengan sejumlah permainan berbentuk rantaian-blok, termasuk seperti The Sandbox, Caveworld, Genopets, Mini Royale, Portals, dan beberapa yang lain.

Melalui Fractal, para pemain boleh lakukan transaksi jual-beli NFT berkaitan aset dalam permainan dengan mudah di halaman setempat. Fractal berfungsi atas rantaian-blok Solana, dan menggunakan dompet digital seperti Phantom untuk beroperasi.

Anda yang berminat dengan arena NFT dan permainan, boleh menyemak Fractal hari ini.

Sohor Kini