Epic Games Store akhirnya menutup penawaran permainan percuma setiap hari mereka dengan menawarkan bukan satu tetapi tiga permainan percuma iaitu trilogi permainan Tomb Raider iaitu Tomb Raider, Rise of the Tomb Raider dan juga Shadow of the Tomb Raider.
Siri ini adalah satu olahan semula oleh Square Enix dan Crystal Dynamics untuk membawa kembali watak Tomb Raider. Permainan pertama Tomb Raider dikeluarkan pada tahun 2013, Rise of the Tomb Raider pada tahun 2015 dan terakhir Shadow of the Tomb Raider dikeluarkan pada tahun 2018.
Dua permainan awal dibangunkan oleh Crystal Dynamics, sebelum mereka beralih ke projek Marvel’s Avengers dan permainan ketiga dibangunkan oleh Eidos Montreal dengan Crystal Dynamics hanya terlibat secara sampingan. Ia adalah permainan aksi pengembaraan dunia terbuka.
Epic Games Store: Tomb Raider | Rise of the Tomb Raider | Shadow of the Tomb Raider
Bagi penawaran ini, ia bukanlah ditawarkan selama 24 jam sahaja, sebaliknya sehingga 7 Januari 2022 iaitu kembali sebagai tawaran mingguan dengan minggu depan akan ditukar dengan satu permainan iaitu Gods will Fall.