Reddit merupakan satu laman yang menjadi tempat sesuatu komuniti berkongsi pelbagai jenis kandungan. Ia juga dikenali sebagai laman utama Internet. Minggu ini mereka telah berkongsi rangkuman untuk laman mereka bagi tahun 2021, antara yang diperlihatkan adalah kandungan yang memfokuskan kepada permainan Video.

Di dalam rangkuman tersebut, Reddit telah mengumumkan yang r/genshin_impact, r/leagueoflegends, r/gaming, r/rpclipsgta, dan r/ffxiv adalah komuniti yang paling popular untuk kategori permainan video bagi tahun ini.

Sejak dilancarkan Genshin Impact telah menjadi satu permainan yang sangat popular dan turut melibatkan pemain-pemain baharu. Ditambah lagi dengan ia sering menerima kandungan baharu, tidak mengejutkan komuniti Genshin Impact adalah antara yang paling aktif dan popular.

Selain komuniti, Reddit juga mengumumkan perkongsian yang paling banyak menerima jumlah ‘Upvotes’ seperti berikut;

  1. r/gaming: boy gamer
  2. r/gaming: EA will no longer have exclusive rights of the Star Wars games
  3. r/leagueoflegends: Worlds 2021 Prediction Tournament
  4. r/leagueoflegends: AOC featuring her clutch Baron snipe on IG
  5. r/ffxiv: Times change

Anda boleh baca rangkuman penuh yang dikongsi oleh Reddit melalui pautan ini.

Sohor Kini