Filem Demon Slayer: Mugen Train adalah filem dengan kutipan tertinggi di Jepun, mengikuti jejak langkah filem tersebut, Jujutsu Kaisen 0: The Movie telah menjana 1 Bilion Yen (~RM34 juta) untuk hari pertama tayangan di Jepun, menjadikan filem kedua melakukannya selepas Mugen Train.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman Crunchyroll.

Bagi kutipan untuk hujung minggu pertama pula, ia telah mengutip 2.6 Bilion Yen (~RM94 juta) menjadikan filem kedua dengan kutipan tertinggi untuk hujung minggu pertama, di belakang Mugen Train.

Demon Slayer: Mugen Train telah mengutip lebih 31.68 Bilion Yen menjadikan ia adalah filem dengan kutipan tertinggi, dengan apa yang diperlihatkan oleh filem Jujutsu Kaisen ini, ia tampaknya akan menjadi sekurang-kurangnya filem kedua dengan kutipan tertinggi di Jepun.

Jujutsu Kaisen 0: The Movie adalah filem prekul kepada siri manga dan anime Jujutsu Kaisen yang memfokuskan kepada watak Yuta Okkotsu.

Buat masa ini masih tidak disahkan lagi bila filem ini akan di bawa masuk ke Malaysia, tetapi kami boleh katakan pengumuman akan dilakukan tidak lama lagi.

Sohor Kini